Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
• Kos RM486,000 untuk lawatan Dr Mahathir ke Jepun ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan
• Anwar luluskan permohonan 7 orang delegasi ke Forum Nikkei walaupun Dr Mahathir sering mengkritik kerajaan
• Isu peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi belum dimuktamadkan, Anwar masih beri ruang berfikir
Kerajaan membiayai sepenuhnya kos perjalanan Tun Dr Mahathir Mohamad ke Forum Antarabangsa Nikkei edisi ke-30 di Jepun baru-baru ini, dengan jumlah perbelanjaan sekitar RM486,000 bagi tujuh orang delegasi.
Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata beliau meluluskan permohonan tersebut walaupun Dr Mahathir sering mengkritik kerajaan MADANI.
Menurut Anwar, permohonan awal melibatkan sembilan individu, namun beliau hanya meluluskan tujuh orang untuk ke forum tersebut. Katanya, semua permohonan perjalanan luar negara oleh bekas Perdana Menteri perlu melalui kelulusan Perdana Menteri semasa, mengikut prosedur sedia ada.
“Saya tidak mahu ada salah faham. Sebenarnya ada peraturan yang membolehkan (pembiayaan itu) dengan syarat diluluskan Perdana Menteri. Saya tidak mahu ambil sikap negatif, walaupun hari-hari (Dr Mahathir) serang kita, kita masih luluskan,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Beliau juga menegaskan, kelulusan tersebut adalah bukti kerajaan bersikap terbuka dan tidak menyekat mana-mana bekas pemimpin daripada menyertai forum antarabangsa, asalkan mengikut saluran rasmi.
Kenapa kos RM486,000 jadi perhatian?
Jumlah kos yang agak tinggi itu menjadi tumpuan kerana ia melibatkan wang rakyat dalam keadaan kerajaan sedang menggalakkan penjimatan perbelanjaan awam.
Dalam masa yang sama, Dr Mahathir terus mengkritik dasar kerajaan MADANI, menjadikan pembiayaan ini kelihatan paradoks bagi sesetengah pihak.








