Tuntutan hak gas Sarawak jejaskan Petronas? Iswardy dakwa ada tekanan politik | The Reporter

Tuntutan hak gas Sarawak jejaskan Petronas? Iswardy dakwa ada tekanan politik

Gambar hiasan Iswardy Morni serta dua pemimpin yang dirujuk dalam isu tuntutan hak gas Sarawak
Gambar hiasan menunjukkan Iswardy Morni dan dua tokoh politik berkait isu hak gas Sarawak dan kesannya kepada Petronas

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


RINGKASAN BERITA:

• Petronas kurangkan 5,000 pekerja – dikaitkan dengan isu hak gas Sarawak
• Iswardy dakwa keputusan kerajaan Persekutuan dibuat bawah tekanan politik
• Pertikaian antara Petros & Petronas bermula sejak 2017, memuncak selepas MA63 diiktiraf

Isu pemberhentian 5,000 pekerja Petronas dikaitkan dengan keputusan kerajaan Persekutuan menyerahkan hak pengagihan gas kepada kerajaan Sarawak. Pemimpin PKR Sarawak, Iswardy Morni mendakwa langkah itu dibuat kerana tekanan politik, bukan demi rakyat.

Menurut Iswardy, keputusan itu kononnya dibuat atas semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tetapi hakikatnya membawa kesan buruk kepada tenaga kerja tempatan. Petronas bukan sahaja berdepan masalah hasil, malah terpaksa mengurangkan kakitangan.

“Kita disuruh telan sahaja keputusan yang pada asasnya datang daripada ugutan politik, ‘kalau tak bagi, kami lompat’,” katanya dalam satu kenyataan tanpa menyebut nama mana-mana parti secara khusus.

Beliau turut mengulas kenyataan Presiden dan CEO Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, bahawa syarikat itu mungkin terpaksa ditutup dalam tempoh 10 tahun jika tiada penstrukturan dilakukan. Katanya, ia petunjuk jelas bahawa sesuatu sedang berlaku.

“Walaupun beliau cuba nafikan kaitan antara pemberian hak gas kepada Sarawak dengan krisis Petronas, tapi kita tak perlu jadi genius untuk faham isyarat yang sedang berlaku,” jelasnya.

Iswardy menyindir Premier Sarawak dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana terlalu mendesak mendapatkan hak pengagihan gas tanpa mempertimbangkan kesan jangka panjang kepada ekonomi negara.

“Selamat membunuh angsa emas sendiri, GPS,” katanya sinis.

Apa latar belakang isu Petros vs Petronas?

Pertikaian bermula apabila Sarawak menubuhkan syarikat minyak sendiri, Petros, pada tahun 2017 untuk mengurus pengeluaran dan agihan gas di negeri itu. Ini mencabar kuasa Petronas yang selama ini diberi hak eksklusif oleh kerajaan Persekutuan menerusi Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Ketegangan semakin memuncak selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf tuntutan Sarawak melalui MA63, menyebabkan Petronas terpaksa menyusun semula operasinya, termasuk dari segi tenaga kerja.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts