Terpalit isu tular, guru sekolah, abang wiring mengaku bersalah cuba lakukan zina | The Reporter

Terpalit isu tular, guru sekolah, abang wiring mengaku bersalah cuba lakukan zina

Abang wiring dan guru sekolah mengaku bersalah atas kesalahan cuba melakukan zina
Abang wiring dan guru sekolah mengaku bersalahan atas pertuduhan. Gambar: Kosmo

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang guru sekolah dan lelaki dikenali sebagai ‘abang wiring’, masing-masing didenda RM5,000 atau dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas kesalahan cuba melakukan zina pada 28 Februari lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin selepas menerima pengakuan salah daripada kedua-dua tertuduh.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular di media sosial video tangkap layar mesej perbualan antara guru wanita berkenaan dengan lelaki berstatus suami orang itu. Turut tersebar ialah rakaman perbualan antara guru terbabit dengan isteri kepada lelaki berkenaan, yang turut mendapat perhatian netizen.

Bagaimanapun, isteri kepada abang wiring itu mendakwa beliau bukan individu yang menularkan video berkenaan dan tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Menyedari situasi semakin hangat diperkatakan di media sosial, abang wiring kemudiannya tampil memberikan kenyataan bahawa dia akan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. Beliau juga menganggap apa yang berlaku merupakan satu ujian dalam hidupnya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts