'Kulit brown pun cantik', Ryzal Ibrahim dipuji jelaskan isu warna kulit pada anak | The Reporter

‘Kulit brown pun cantik’, Ryzal Ibrahim dipuji jelaskan isu warna kulit pada anak

Ryzal Ibrahim beri penerangan jelas kepada anaknya Rina tentang warna kulit tidak menggambarkan paras rupa.
Ryzal menjelaskan kepada Rina bahawa setiap warna kulit itu cantik, dengan merujuk kepada watak Moana. Gambar: Instagram Ryzal Ibrahim

Keletah Rina, anak kepada personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan Maryam, sering mencuri perhatian netizen. Bukan sahaja kerana kecomelannya dan sikap bersahaja, Rina turut disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang bijak.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Ryzal di Instagram, Rina sekali lagi menarik perhatian apabila meluahkan rasa rendah diri kerana mempunyai kulit gelap.

Namun begitu, respons yang diberikan oleh Ryzal mendapat pujian ramai netizen. Dengan memberikan contoh watak kartun terkenal, Moana, Ryzal menjelaskan bahawa walaupun Moana berkulit gelap, dia tetap kelihatan cantik.

“Kulit Moana tu putih ke brown? Cantik, kan? Rina tak boleh cakap kulit brown tu tak cantik.

“Rina pun brown, cantik. Tak semua orang kulit putih cantik. Ada je orang kulit hitam, kulit brown yang cantik,” katanya.

Ryzal turut menasihati Rina agar tidak menilai kecantikan seseorang hanya berdasarkan warna kulit.

Tindakan Ryzal ini dipuji ramai kerana memilih pendekatan yang lembut tetapi mendidik dalam menjelaskan isu stereotaip berkaitan rupa paras dan warna kulit kepada anaknya.

Related Posts