Tunjuk isyarat jari tengah, kanak-kanak ditegur wanita di depan ibunya | The Reporter

Tunjuk isyarat jari tengah, kanak-kanak ditegur wanita di depan ibunya

Wanita sedang bersenam di gimnasium bersebelahan kolam renang, diganggu seorang kanak-kanak
Tangkap layar wanita sedang bersenam di gimnasium bersebelahan kolam renang sebelum diganggu seorang kanak kanak dari luar. Gambar: TikTok iamkayrashid

Tular di TikTok sebuah video perkongsian oleh pengguna @iamkayrashid yang memaparkan detik dirinya ditegur secara biadab oleh seorang kanak-kanak ketika sedang bersenam di gim yang terletak berhampiran kolam renang.

Insiden itu mendapat perhatian ramai netizen selepas wanita tersebut bertindak tegas mendidik kanak-kanak tersebut dengan keizinan ibunya yang berada berhampiran kawasan kolam.

Menurut perkongsian Kayra, insiden berlaku ketika dia sedang bersenam menggunakan peralatan gim yang terletak bersebelahan kolam renang. Tiba-tiba, seorang budak lelaki mengetuk-ngetuk cermin gim dari luar sekaligus mengganggu fokusnya.

Berasa terganggu, dia menoleh dan bertanya dengan nada tegas. Namun respon yang diterima amat mengejutkan apabila kanak-kanak tersebut membalas dengan menunjukkan isyarat jari tengah sambil mempamerkan wajah selamba.

Tindakan itu menyebabkan Kayra keluar dari gim dan terus ke kawasan kolam untuk mencari ibu budak tersebut. Terdapat tiga wanita di situ dan salah seorang mengaku itu adalah anaknya. Wanita tersebut tidak menghalang tindakan Kayra, sebaliknya membenarkan dia menegur sendiri anaknya.

@iamkayrashid

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Nasib aku tak rakam kau je. Dahlah set aku tak habis lagi. Kau pulak buat hal dik. Tapi nak tahu, biadap ni di “build”. Bukan tiba2 jadi biadap. Maknanya kena corak lagi. Mudah-mudahan sempat lagi. viral gymtok

♬ original sound – Kay|Stretch Specialist – Kay|Stretch Specialist

Cuba mengelak dari memohon maaf

Kayra kemudian bertindak meminta kanak-kanak itu keluar dari kolam untuk menjelaskan perbuatannya. Pada mulanya, kanak-kanak tersebut mengelak dan memberi alasan bahawa rakannya yang menyuruh dia berbuat demikian.

Namun Kayra menegaskan supaya tidak menyalahkan orang lain atas perbuatan sendiri. Dia meminta kanak-kanak itu memohon maaf dengan cara beradab.

“Pandang muka kalau nak bercakap dengan orang,” katanya

@iamkayrashid

Replying to @Lilly⭐ masa dorang nak balik , aku duduk depan pintu gym and pandang tajam kat budak tuh. Takut la dia.

♬ original sound – Kay|Stretch Specialist – Kay|Stretch Specialist

Perkongsian itu menerima sokongan daripada ramai netizen yang memuji cara Kayra menangani situasi secara berhemah tetapi tegas. Ramai yang bersetuju bahawa sikap biadab kanak-kanak perlu ditegur segera dan ibu bapa wajar memainkan peranan dalam membentuk adab anak-anak.

Sumber : TikTok @iamkayrashid

Related Posts