Suami tampil pertahankan Kieda dalam isu berdepan individu beri ulasan negatif | The Reporter

Suami tampil pertahankan Kieda dalam isu berdepan individu beri ulasan negatif

Suami dan isteri Kieda Crepe bergambar bersama dalam suasana santai
Suami Kieda tampil beri penjelasan isu pertemuan dengan pelanggan yang beri ulasan negatif, pertahan tindakan isterinya

Suami kepada usahawan Kieda Crepe, Amy, akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar susulan kecaman yang mendakwa pihak mereka bertindak keterlaluan terhadap pelanggan yang memberi ulasan negatif.

Dalam satu video dimuat naik ke TikTok semalam, Amy menjelaskan tindakan mereka bukan berpunca daripada rasa tersinggung terhadap kritikan produk, sebaliknya disebabkan tuduhan berat yang menyentuh integriti perniagaan.

@amykiedamerchadise

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Semoga dipermudahkan segala urusan @KC CREPE PENANG . In sha Allah , Allah Maha Baik . Berbalik kepada Niat kita.. 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 @KiedaCrepeHouse @KIEDACREPETOUR

♬ original sound – AMY KIEDA MERCHANDISE – AMY KIEDA MERCHANDISE

“Selama 3 tahun saya berada di Kieda Crepe, nak bagi 1 per 10 ke, 2 per 10 ke ataupun memang tak kena ditekak ke, itu adalah hak untuk pembeli. Wallahi, Kieda Crepe tak pernah ambil serius pun tentang perkara ini dan kami terima ulasan seperti itu untuk menambahbaikkan lagi produk.

“Dulu orang kata durian custard tak rasa durian. Sekarang kita dah keluarkan durian original. Ini menunjukkan bahawa kita mendengar apa yang pelanggan ulas.”

Nafi saman pelanggan kerana review tak sedap

Bagaimanapun, kali ini tindakan diambil kerana terdapat tuduhan terbuka iaitu “Kieda Crepe game customer”, frasa yang disifatkan sebagai melampaui sempadan kritikan biasa.

“Sedap ini adalah subjektif. Tolonglah, tolong jangan tutup periuk nasi mana-mana peniaga sekalipun. Tapi yang menyebabkan Kieda memandang serius perkara ini adalah disebabkan dalam kapsyen dia (pelaku) itu ada menyebut ‘Kieda Crepe game customer’. Cuba pejamkan mata dan berfikir, apa motif dia sebenarnya?”

Frasa ‘game customer’ cetus tindakan, bukan soal rasa makanan

Amy turut menolak dakwaan bahawa mereka bersikap tidak profesional dan mudah menyaman pelanggan.

“Sebelum ini kami tidak pernah menggunakan khidmat peguam untuk saman orang atau menghantar Letter of Demand (LOD). Takkan semua yang bagi ulasan negatif kena hantar LOD?

“Kami berniaga pagi, petang dan malam, tidur hanya sejam dua, tiada masa bersama dengan keluarga. Takkanlah cari-cari duit nak beri kepada peguam? Nak pergi saman orang buang masa, saya pun tak pernah mendidik Kieda seperti itu.”

Beliau juga menjawab kecaman netizen yang melabel dirinya sebagai ‘lembu dicucuk hidung’.

“Saya antara orang yang paling tegas dalam Kieda Crepe dan saya antara orang yang paling tegas sekali dengan Kieda. Selama setahun setengah, kita tak pernah ada kontroversi, tak pernah ada isu sebab apa? Saya berada di belakang untuk mengawal semua itu.”

Silap kongsikan video kepada umum

Menurut Amy, pertemuan bersama pelanggan tersebut dicadangkan olehnya sendiri dan masalah telah pun selesai. Namun kesilapan mereka adalah apabila video pertemuan itu dimuat naik ke umum.

“Cuma untuk yang kali ini, saya yang menggalakkan dia untuk buat perjumpaan dengan pelaku. Kesalahan kami adalah, kami kongsikan video itu kepada umum.”

Beliau turut mendedahkan keluarganya juga ‘diserang’ secara peribadi di mana ada individu yang bertindak menghantar mesej (DM) dengan kata-kata kesat yang turut ditujukan kepada anak-anak mereka.

Dalam pada itu, Amy menegaskan mereka bukan orang berada dan saman bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka.

“Kita bukan anak Tan Sri, kami bukan orang senang nak tuntut LOD dari orang, nak saman orang.

“Kalau pihak sana tak mulakan dulu, kami takkan ambil serius seperti ini. Kalaulah Kieda yang memulakan dulu, saya akan tentang dia habis-habisan.”

Amy berharap netizen tidak terus melagakan pihak mereka dengan sesiapa dan mengajak semua untuk kembali kepada niat asal iaitu berniaga dengan jujur dan menjaga rezeki masing-masing.

“Saya harap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan. Saya berdiam diri, bukan bermakna saya kalah. Salah saya atau bukan salah saya, ini adalah ujian saya dan juga Kieda. Kami minta maaf.”

Related Posts