Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh semalam menggesa agar tindakan tegas dikenakan terhadap akhbar Sin Chew Daily susulan penyiaran imej Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa lambang bulan sabit, sambil menyifatkan perkara itu sebagai penghinaan terhadap simbol kedaulatan negara.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Dr Akmal menegaskan bahawa lambang bulan sabit pada bendera Malaysia melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan, manakala warna kuning pula mewakili kedaulatan raja-raja Melayu.
Beliau mempertikaikan bagaimana kesilapan sebesar itu boleh berlaku di sebuah akhbar berpengalaman tanpa sebarang semakan oleh pihak editorial.
- Hilang sebelah kaki bukan penghalang, dua beradik gigih usahakan Cendol Meleleh
- ‘Dulu BN buat, dilabel macam-macam, sekarang tukar nama je’ – Wee Ka Siong
- ‘Undilah calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau NGO’ – Tun M
- PERHILITAN tambah baik SOP penggunaan gajah dalam program awam
- Kekalahan Korea Selatan cetus protes, Hong Myung-bo dicemuh, dilarang masuk restoran
“Takkan tiada editor yang semak? Takkan tak tahu lagi yang bendera Malaysia ini mesti ada bulan dan bintangnya?Kenapa dihilangkan bulan sabitnya?
“Bendera China kamu boleh cetak betul pula,” kata Dr Akmal dengan nada kesal.
Beliau turut merujuk permohonan maaf yang dikeluarkan Sin Chew Daily semalam, namun menegaskan permohonan maaf semata-mata tidak mencukupi dalam isu yang menyentuh simbol negara.
Tambahnya lagi, beliau mendesak Menteri Komunikasi mengambil tindakan tegas agar menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak memandang remeh perkara sebegini.
“Ini isu serius, ia melibatkan kedaulatan. Tidak boleh selesai dengan hanya minta maaf,” tegasnya.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri turut memaklumkan siasatan terhadap insiden terbabit sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.








