China mengambil langkah drastik dalam perang dagangnya dengan Amerika Syarikat apabila mengarahkan semua syarikat penerbangan tempatan menghentikan penerimaan pesawat Boeing serta pembelian alat ganti dan peralatan berkaitan daripada syarikat Amerika.
Lapor Irish Star, langkah itu dilihat sebagai tindak balas terus kepada tarif tinggi yang dikenakan Presiden AS, Donald Trump terhadap barangan import dari China, mencecah sehingga 145%.
Walaupun Trump sebelum ini mengumumkan penangguhan sementara ke atas beberapa tarif selama 90 hari, sebahagian besar sekatan kekal dikuatkuasakan. Malah, pentadbirannya turut melancarkan siasatan baharu terhadap import cip komputer, peralatan pembuatan cip dan produk yang menggunakannya seperti kereta, telefon pintar serta peti sejuk.
- Ketua UMNO Beruas nafi dakwaan tampar cucu Nik Aziz
- Tembakan ke arah lembu korban tular: Tindakan elak risiko, kata MB Perlis
- FINAS sahkan penamatan tayangan filem Konspirasi atas permintaan penerbit
- Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa
- Video tular: Polis siasat dakwaan MB Perlis tembak lembu
Siasatan ini dijalankan atas alasan keselamatan negara di bawah peruntukan Seksyen 232 Akta Pengembangan Perdagangan 1962.
Dalam pada itu, kerajaan China dilapor sedang mempertimbangkan bantuan khas kepada syarikat penerbangan yang terkesan akibat sewaan pesawat Boeing, terutama selepas kos operasi meningkat mendadak.
Tindakan keras AS bukan sahaja menjejaskan hubungan dua hala, malah mencetuskan kebimbangan pasaran global dengan beberapa negara turut menyuarakan bantahan terhadap pendekatan agresif Washington.








