Kebanyakan pemilik haiwan peliharaan pernah mengalami detik cemas apabila kucing mereka hilang beberapa hari atau minggu. Namun, siapa sangka seekor kucing boleh kembali semula selepas menghilang selama 16 tahun?
Itulah yang berlaku kepada Carl Pullen dari England, yang tidak menyangka akan bertemu semula dengan kucingnya, Sunshine — seekor Bengal bernilai tinggi yang lesap sejak 2009. Pullen mendapat panggilan mengejutkan bulan lalu daripada sebuah klinik haiwan, memaklumkan bahawa seekor kucing bernama Sunshine telah dihantar kepada pihaknya sebagai kucing jalanan.
“Saya terkejut. Doktor haiwan tanya, ‘Adakah awak ada kucing bernama Sunshine?’ dan saya jawab, ‘Ya, tapi itu dulu’. Bila mereka kata yang dia masih hidup, saya tak tahu nak cakap apa,” katanya kepada BBC.
- Tonton World Cup 2026™ Tanpa Risau Data, Siap Berpeluang Menang Trip Bola Sepak RM250,000!
- Bidan tersalah alamat disangka penjenayah, cetus kekecohan di Bandar Scientex
- Gorila Kiyomasa tular, muka ‘overthinking’ lepas bergaduh dengan pasangan
- Selat Hormuz ditutup sepenuhnya susulan serangan AS
- Bukan Masalah Boros Tapi Realiti, Ini Cara Survive Makan Kenyang Tanpa Perlu Belanja Besar Sebelum Hujung Bulan
Pada awal kehilangan Sunshine, Pullen berusaha mencarinya dengan meletakkan risalah di sekitar bandar. Namun dia akhirnya terpaksa berputus asa selepas usahanya itu menemui kegagalan.
Pullen kemudian berpindah ke sebuah kampung bernama Takeley, 40 kilometer dari tempat asalnya. Dia percaya Sunshine mungkin telah dicuri, memandangkan baka Bengal boleh mencecah nilai lebih £1,000 (RM6,800).
“Dia keluar rumah satu hari dan tak balik-balik. Nasib baik saya tak pernah tukar nombor telefon, kalau tidak saya takkan tahu,” katanya.
Keadaan Sunshine ketika ditemui agak membimbangkan. Dia agak kurus, kukunya panjang dan menghidap masalah buah pinggang. Sejak kembali ke pangkuan Pullen, Sunshine telah menerima rawatan, termasuk mencabut beberapa batang gigi dan diberi ubat untuk menguatkan tubuhnya semula.
Sunshine kini berusia sekitar 19 tahun. “Kami tahu dia mungkin tak ada lama, tapi sekurang-kurangnya dia dapat pulang ke rumah dan berehat dengan selesa,” kata Pullen dengan penuh rasa syukur.








