Lelaki ditahan, muat naik video hina Perdana Menteri | The Reporter

Lelaki ditahan, muat naik video hina Perdana Menteri

Hina Perdana Menteri
Gambar: Tangkap layar tular media sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang individu ditahan selepas memuat naik kandungan berunsur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui akaun TikTok miliknya, Matpakistan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, tangkapan dibuat selepas laporan polis diterima pada Jumaat berhubung video berkenaan.

Dalam video tersebut, suspek menggelarkan Perdana Menteri dengan jolokan menghina seperti “Ketimbang” dan “Bang Non”, serta mendakwa Perdana Menteri hadir ke Bachok hanya untuk “mengencing” rakyat yang hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di Pantai Irama.

Suspek juga didakwa mengajak orang ramai memboikot kehadiran Perdana Menteri, yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman awam.

Susulan tangkapan itu, polis merampas telefon bimbit suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pihak polis kini menunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut. Pemeriksaan terhadap telefon suspek turut menemui kandungan video dan gambar lucah. Suspek didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts