Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ramai anak perantauan sanggup meninggalkan kampung halaman demi mencari rezeki di ibu kota. Namun, tidak semua mampu menahan rindu terhadap keluarga dan suasana kampung yang jauh lebih tenang berbanding hiruk-pikuk bandar.
Itulah yang diluahkan oleh seorang wanita dari Sabah, yang berkongsi hasrat untuk kembali ke negeri kelahirannya selepas menetap di Kuala Lumpur selama empat tahun.
Menerusi satu hantaran di TikTok, pemilik akaun @fittmail meluahkan keinginannya untuk hidup dalam suasana yang lebih tenang dan mendambakan peluang untuk kembali menetap di negeri di bawah bayu.
Wanita itu yang mempunyai pengalaman empat tahun dalam bidang pencipta kandungan (content creator), mengakui dia kini terdesak untuk berpindah pulang, namun masih mencari tempat kerja yang mampu menawarkan gaji setimpal dengan pengalamannya.
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
- Sanusi tegas tolak Langkawi jadi Wilayah Persekutuan
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pendapat masing-masing, ada yang memahami kerinduannya, namun tidak kurang juga yang menyentuh realiti di Sabah yang tidak semestinya menjanjikan kehidupan lebih tenang.
“Kawan saya pula dah taknak balik Sabah dah. Saya cakap sana best apa. Ada pantai ada sungai ada gunung. Ketenangan. Dia reply saya ‘gaji kecik, kos sara hidup sama macam KL pun, sama ja tak tenang’,” kongsi seorang netizen.
Beberapa warganet turut bersetuju dengan pendapat wanita terbabit, namun mengakui bahawa faktor gaji yang rendah di Sabah memaksa mereka terus mencari rezeki di Semenanjung walaupun berjauhan dari keluarga dan kampung halaman.








