Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan seorang pempengaruh politik yang mendakwa lagu kebangsaan Negaraku tidak dinyanyikan dalam bahasa Melayu oleh murid di sebuah sekolah di Perak.
Sebaliknya, KPM menjelaskan lagu yang dinyanyikan adalah lagu kebesaran negeri Perak, Allah Lanjutkan Usia Sultan, yang turut dinyanyikan dalam bahasa Melayu dengan lirik yang betul.
Bodohnyer Ratu ni.
— Harun Shah (@Harunmohdshah1) April 4, 2025
Tu lagu negeri Perak la bingai.
Budak-budak sekolah tengah nyanyi lagu negeri perak dalam bahasa melayu biasa la pelat dah cina.
Lagu negeri perak melodi sama lagu negaraku. pic.twitter.com/NKmI4wV38t
“Lagu itu adalah simbol taat setia, kasih dan penghormatan kepada Sultan Perak Darul Ridzuan serta tradisi Kesultanan Negeri Perak,” kata KPM dalam kenyataan rasmi.
Kementerian turut melahirkan kekesalan terhadap tindakan pempengaruh politik tersebut yang disifatkan cuba mengelirukan masyarakat dan mencetuskan persepsi negatif terhadap institusi pendidikan.
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
- Azhar Ahmad, Nik Alif Aiman capai perdamaian, selesai salah faham secara baik
- ‘Malaysia tidak perlukan Rashid Maidin 2.0’ – Pemuda MCA
Menurut kenyataan itu, video tular berkenaan menunjukkan dengan jelas semua hadirin, termasuk murid sekolah tersebut, menyanyikan lagu kebesaran negeri Perak dengan betul dan penuh rasa hormat.
Sehubungan itu, KPM menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan hasutan berunsur fitnah yang boleh mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian negara, lebih-lebih lagi dalam suasana Syawal yang sepatutnya diraikan dengan penuh kesyukuran.








