Di sebalik kehidupan mewah dan gaya hidup glamor yang dipamerkan di media sosial, rupa-rupanya ada pengasas produk dan pempengaruh di Kelantan yang terlibat dalam kegiatan jenayah serius seperti pengedaran dadah dan penggubahan wang haram.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, hasil siasatan beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan wujudnya trend membimbangkan dalam kalangan pengasas produk dan pempengaruh ini yang menjadikan perniagaan sebagai helah untuk menyembunyikan aktiviti jenayah mereka.
“Kes pertama pada 2020, kita tangkap seorang pengasas produk dengan dadah bernilai RM5 juta. Perniagaan dia nampak berjaya, tapi sebenarnya cuma jadi topeng untuk edarkan dadah,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok rasmi polis.
- Selat Hormuz ditutup sepenuhnya susulan serangan AS
- Bukan Masalah Boros Tapi Realiti, Ini Cara Survive Makan Kenyang Tanpa Perlu Belanja Besar Sebelum Hujung Bulan
- ‘PAS wajar diberi laluan terajui jawatan PM’ – Isham Jalil
- UMNO kekal sokong Kerajaan Perpaduan hingga PRU akan datang
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
Tahun berikutnya, polis menahan pula seorang usahawan kosmetik bergelar Datin yang disyaki terbabit dalam pengedaran dadah. Menurut Mohd Yusoff, modus operandinya masih sama iaitu dengan menggunakan jenama dan perniagaan untuk menutup kegiatan haram.
Siasatan juga mendedahkan wujud sindiket dadah yang dikendalikan oleh ahli perniagaan tempatan yang licik mencuci duit haram mereka melalui perniagaan sah dan menggunakan ‘orang tengah’ bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Kita tahu siapa mereka. Jangan fikir sebab ada gelaran atau popular di media sosial, anda kebal dari undang-undang,” katanya memetik laporan Harian Metro, 21 Mac 2025.
Mohd Yusoff memberi amaran keras kepada mana-mana pengasas produk atau pempengaruh yang masih mahu terlibat dalam jenayah ini, bahawa pihak polis akan terus memburu dan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi.








