Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pemilik kapal membuat laporan polis terhadap Semboyan Malaysia selepas mendakwa NGO itu menceroboh dan mengambil beberapa kenderaan dari sebuah fasiliti penyimpanan di Pendamar, Klang, semalam.
Peguam pemilik kapal, Jeremy M Joseph, menyatakan tindakan itu melanggar hak undang-undang dan disifatkan sebagai jenayah. Laporan polis telah dibuat terhadap pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi, serta kumpulannya.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, sekumpulan lelaki mengambil 28 kenderaan yang masih dalam proses tuntutan insurans tanpa kebenaran. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan.
- Sanusi tegas tolak Langkawi jadi Wilayah Persekutuan
- Gara-Gara hutang, pelajar 13 Tahun cedera dipukul sekumpulan remaja di Pekan
- ‘Cadangan kembalikan Dara, Amoi, Kelat wajar dipertimbangkan dengan serius’ – Arthur
- WWF-Malaysia ambil maklum kebimbangan orang ramai kebajikan tiga gajah
- GSF 2.0: Tiga delegasi Malaysia kembali ke tanah air selepas kapal rosak
Diarah serahkan kereta kepada pemilik
Bagaimanapun, Yusuf Azmi menafikan pihaknya bertindak secara melulu. Katanya, tindakan itu dilakukan atas permintaan pemilik kenderaan yang terkesan dan setelah pelbagai usaha lain menemui jalan buntu.
“Kami sudah berbincang dengan syarikat perkapalan serta pihak Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa Pelabuhan Utara. Syarikat perkapalan diarahkan untuk menyerahkan kenderaan kepada pemilik, tetapi mereka tetap berkeras meminta bayaran 60 peratus daripada pemilik yang tiada insurans sebelum melepaskannya,” katanya.
Menurut Yusuf, pemilik kenderaan telah lama menunggu penyelesaian, namun syarikat perkapalan enggan bertolak ansur walaupun sudah ada perbincangan dengan pihak berkuasa berkaitan.
“Ramai pemilik datang kepada kami mengadu bahawa mereka tidak dapat mengambil kenderaan mereka walaupun mereka mempunyai bukti pemilikan yang sah. Ada yang sudah berbulan-bulan menunggu dan mengalami kerugian kerana kenderaan mereka tidak boleh digunakan. Kami cuba berbincang dengan syarikat itu, tetapi mereka menolak sebarang penyelesaian selain bayaran yang ditetapkan mereka,” jelasnya.
Tiada dokumen rasmi tahan kenderaan
Beliau berkata, syarikat perkapalan juga gagal menunjukkan sebarang dokumen rasmi daripada pihak berkuasa yang membolehkan mereka menahan kenderaan tersebut.
“Kami minta mereka tunjukkan dokumen rasmi atau surat kebenaran yang membolehkan mereka menyimpan kenderaan ini, tetapi mereka gagal kemukakan. Jadi, kami mengambil tindakan bagi memastikan pemilik dapat kembali hak mereka,” tambahnya.
Beliau menegaskan bahawa pihaknya hanya membantu pemilik kenderaan mendapatkan semula hak mereka dan bukannya melakukan pencerobohan seperti yang didakwa.
Dalam masa sama, Yusuf Azmi menyatakan kesediaannya untuk memberikan kerjasama kepada polis dalam siasatan dan berharap pihak berkuasa turut menyiasat laporan yang telah lama dibuat oleh pemilik kenderaan yang terjejas.
Sumber: Harian Metro








