Watak sebenar iklan 'Ikan di Laut, Asam di Darat' akhirnya bertemu kembali | The Reporter

Watak sebenar iklan ‘Ikan di Laut, Asam di Darat’ akhirnya bertemu kembali

Ikan di laut asam di darat
Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok Cik Ferry

Selain daripada lagu-lagu raya, iklan yang dibuat oleh syarikat-syarikat tertentu seringkali ditunggu-tunggu. Pelbagai mesej yang disampaikan membuatkan kadangkala tanpa sedar menitiskan air mata.

Jika sebelum ini, ada iklan yang menggabungkan dua perayaan kerana diraikan dalam minggu yang sama. Seperti iklan raya, Ikan Di Laut Asam Di Darat yang ditayangkan pada tahun 2005, yang menggabungkan perayaan Deepavali dan juga Aidilfitri.

Difahamkan, iklan yang diterbitkan oleh stesen penyiaran TV3 itu diambil dari kisah benar. Sehingga kini, iklan berkenaan dikatakan menyentuh hati dan perasaan sesiapa sahaja yang menontonnya.

Ikan Di Laut Asam di Darat mengisahkan tentang pertemuan semula dua sahabat iaitu Raju dan Suparjo yang berkawan baik sejak kecil. Apa yang menarik, mereka bertemu semula ketika sudah dewasa dan tanpa disangka mereka merupakan jiran sebelah menyebelah.

Seakan menyingkap kembali momen itu, seorang wanita berkongsikan pertemuan semula dua sahabat ini di bazar Ramadan. Uncle Raju dan Pakcik Salleh dikatakan adalah watak sebenar (kisah realiti) dua sahabat yang diadaptasikan ke dalam iklan berkenaan.

@ferry.faridah.sal

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ramadhan yg penuh bermakna. Pertemuan yg tidak disangka di bazar. #Ramadhan2025 #sahabatsejati #serumpun #melayucinaindia

♬ original sound – OhMeowKu – Menteri Kucing

“Bila pelakon sebenar bertemu semula. Perancangan Allah hebat. Setelah 40 tahun terpisah disebabkan tuntutan mencari rezeki.

“Pakat bercerita ramai kawan sebaya dah pergi selamanya,” tulis Cik Ferry.

Related Posts