Kalau sebut nuklear, ramai terbayang letupan besar, kemusnahan, dan bahaya radioaktif. Tapi bagi Ikhwan Khaleb, nuklear bukan sekadar bom—ia masa depan. Sejak kecil, dia dah terpaku depan TV tengok Michio Kaku bercerita tentang tenaga nuklear di Discovery Channel. Tapi tak semua orang faham minatnya, termasuk ayahnya sendiri.
Tapi Ikhwan? Dia tahu apa yang dia nak.

Dari Malaysia ke Penn State: Double degree, double susah
Selepas SPM, rezeki berpihak kepadanya—dapat tajaan untuk sambung belajar di Penn State University, Amerika Syarikat. Atas nasihat ayah, dia buat keputusan yang agak luar biasa—ambil double degree dalam Kejuruteraan Nuklear & Kejuruteraan Mekanikal.
“Nuklear sebab minat, mechanical sebab… mana tahu tak ada kerja,” katanya.
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
- Azhar Ahmad, Nik Alif Aiman capai perdamaian, selesai salah faham secara baik
- ‘Malaysia tidak perlukan Rashid Maidin 2.0’ – Pemuda MCA
Tapi hakikatnya, double degree bukan benda main-main. Kawan lain enjoy hujung minggu, dia tenggelam dalam assignment & eksperimen. Hidup macam robot. Lagi mencabar, dia satu-satunya pelajar Malaysia dalam program nuklear. Sunyi? Memang. Tapi semangat tetap membara.
Cuma… tahun 2018, beberapa bulan sebelum graduasi, Malaysia batalkan projek nuklear. Harapan nak balik bekerja dalam bidang nuklear? Musnah.
Mula dari bawah: Dari kren ke sumber radioaktif
Bila balik Malaysia, dia tak ada pilihan. Terpaksa ambil kerja pertama sebagai jurutera di syarikat kren, MHE-Demag. Tahan 4 bulan je. Sebab? Jiwa dia tetap nak nuklear.
Maka, dia lompat ke Wehya Process sebagai jurutera jualan, mengendalikan sumber radioaktif. Ini barulah dekat dengan bidang yang dia nak. Tapi kerja ni tak mudah—dia satu-satunya staf dengan latar belakang nuklear, kena belajar segalanya dari zero.

Nasib baik bos-bos (Mr Tee & Mr Ong) nampak potensi dia. Dari sekadar jurutera jualan, dia naik jadi Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO). Kepercayaan mereka buat dia lebih yakin.
“Ini bukan bazooka, ini rod source,” selorohnya, merujuk kepada bahan radioaktif yang dia uruskan.

Walaupun pandemik melanda, dia tetap hustle. Jualan mencanak naik, sampai syarikat hantar dia ke Jerman untuk mesyuarat global. Tapi di sebalik kejayaan, ada satu keputusan besar—dia dah nekad nak sambung Master.
Masters di Michigan

Januari 2023, dia terbang ke University of Michigan dengan tajaan MARA. Dalam kepala, “Master ni mesti tough, tapi okay la…”
Realiti? Tak semudah yang disangka.
Dia ditempatkan dalam kumpulan Reka Bentuk & Analisis Reaktor di bawah Prof Won Sik, seorang pakar dengan 40 tahun pengalaman. Prinsip dia? Zero mistake.
“Dah kau design reaktor nuklear, takkan kau nak buat silap?” kata Ikhwan, mengenang pengalaman itu.

Setiap hari 9 pagi – 12 tengah malam sibuk dengan kajian, eksperimen, dan laporan. Tidur jadi satu kemewahan. Tapi pengorbanan itu berbaloi—projek pasukan mereka menang Best Paper Award, dan yang paling gempak? Dia tamat Master dengan CGPA 4.0.
“Tak pernah sangka aku boleh dapat 4 flat. Gila,” katanya.
10 bulan menganggur & rezeki terbuka di dunia nuklear
Lepas habis Master, dia berdepan dengan cabaran paling besar—cari kerja.
Setiap hari, minimum 3 permohonan kerja dihantar. 10 bulan struggle, banyak interview batal separuh jalan sebab syarikat hanya ambil warganegara US.
Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Pada 8 Julai 2024, dia akhirnya diterima bekerja di salah satu syarikat gergasi nuklear dunia sebagai Thermal Analyst.


“Kerja first day, aku blur. Setiap benda complex. Tapi bila masuk bulan ketiga, alhamdulillah dah start nampak flow,” katanya.
Tak sampai setahun, Januari 2025, dia naik pangkat jadi Senior Engineer – Thermal Hydraulics.
Misi Seterusnya: Bawa Pulang Ilmu Nuklear ke Malaysia
Bagi Ikhwan, kejayaan ini bukan noktah. Dia sedar industri nuklear Malaysia masih jauh ke belakang. Jadi misi seterusnya? Bawa balik ilmu & pengalaman ini ke tanah air.
“Aku dah capai cita-cita nak jadi jurutera nuklear. Tapi perjalanan aku belum tamat,” katanya.
Dari budak yang terpaku depan TV tengok Discovery Channel, kini dia sebahagian daripada industri nuklear dunia. Dan dia belum berhenti.
Sumber: TikTok Ikhwan Khaleb








