Bermacam-macam cara dilakukan oleh individu untuk bersedekah, lebih-lebih lagi apabila tiba bulan Ramadan. Seperti kita sedia maklum, sedekah mempunyai banyak ganjaran dan juga pahala. Bersedekah juga mampu membuatkan hati berasa tenang di saat berada dalam situasi yang sukar.
Dua sahabat baik ini dipuji apabila menggunakan pendekatan bersedekah atau mewakafkan barangan yang dibeli ke surau-surau yang terletak di stesen kereta api.
Walaupun nampak seperti perkara biasa, namun barang-barang yang diwakafkan itu besar maknanya bagi orang lain terutamanya kaum wanita yang memerlukan barang-barang tersebut disaat kecemasan.
Barang-barang yang diwakafkan oleh dua sahabat ini yang dikongsikan menerusi TikTok izzhazri seperti tisu pencuci mekap, tisu muka, dan selipar tandas.
Katanya, mengikut perancangan semua barang-barang tersebut akan diletakkan di semua stesen kereta api, namun kerana kepenatan, selebihnya diletakkan di surau pusat beli-belah IOI Mall.
Inisitaif yang dilakukan oleh dua sahabat ini meraih perhatian ramai dan memuji tindakan mereka berdua.
Rata-rata mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan mereka terhadap keperluan wanita di tempat-tempat awam sebegitu.
“Perkara kecil boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan,” komen netizen.








