JAKIM buat laporan polis individu muat naik kandungan hina Islam | The Reporter

JAKIM buat laporan polis individu muat naik kandungan hina Islam

JAKIM
Sumber Gambar: MalayMail/ Shafwan Zaidon

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah melaporkan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakan seorang individu yang memuat naik kandungan di media sosial yang mempersendakan ajaran Islam.

JAKIM turut membuat laporan polis bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil terhadap individu berkenaan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, Jakim memandang serius isu berkenaan yang tular di media sosial.

“Kenyataan di media sosial tersebut telah jelas mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat, malah berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum.

“Oleh itu, semua pihak harus menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi, kemarahan, dan ketegangan dalam masyarakat,” katanya.

Ujarnya, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan sikap hormat-menghormati serta menjaga adab apatah lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

“Keamanan dan kesejahteraan negara hanya dapat dikekalkan melalui sikap saling menghormati serta memahami antara masyarakat,” katanya.

Terdahulu, satu video tular yang merakamkan seorang individu yang didakwa mempersendakan ajaran Islam dan mencetuskan kemarahan ramai.

Related Posts