Pelbagai ragam atau tabiat individu untuk lena dari tidur. Ada yang gunakan aroma terapi untuk mudah lena dan ada juga yang hanya boleh tidur apabila suasana gelap dan sunyi.
Tetapi, ada juga yang tidak boleh lari dengan ‘bantal busuk’ walaupun sudah berapa lama tidak dibasuh. Kata orang, boleh hari-hari menangis kalau bantal busuk hilang.
Seperti perkongsian lelaki ini, tidak disangka, bantal busuknya yang hilang sudah beberapa tahun lalu, akhirnya dijumpai semula.
Lagi membuatkannya terkejut, bantal busuk berkenaan rupa-rupanya disimpan oleh rakannya dan dijadikan sebagai hadiah hari lahir.
Bantal busuk berkenaan diletakkan dalam sebuah kota berkaca dan disertakan dengan gambar-gambarnya semasa kecil.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Tambi Mamat mengatakan bantal berkenaan digunakan sejak umurnya empat tahun. Katanya, bantal berkenaan digunakannya dari tahun 1996 sehinggalah tahun 2019.
Jumpa semula bantal busuk selepas 4 tahun hilang
“Inilah bantal busuk saya dari umur empat tahun. Masa pindah rumah pada 2020, ingatkan tercicir atau tertinggal kat mana-mana, rupa-rupanya ada kawan yang simpan selama empat tahun semata-mata nak bagi hadiah hari jadi,” kongsinya.

Menerusi ruangan komen pula, ramai juga berkongsikan pengalaman sama yang tidak boleh berenggang dengan bantal busuk walaupun bantal berkenaan sudah berusia bertahun-tahun.








