Tesla saman pemilik kereta di China yang mengadu masalah brek | The Reporter

Tesla saman pemilik kereta di China yang mengadu masalah brek

Tesla Model 3 di China yang terlibat dalam isu saman selepas aduan masalah brek.
Tesla Model 3 di China yang dikaitkan dengan saman selepas aduan masalah brek.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Associated Press (AP) pada pertengahan Februari 2025 melaporkan, Tesla telah mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pemilik kereta di China yang mengadu secara terbuka mengenai masalah brek pada kenderaan mereka.

Tindakan undang-undang ini mendapat perhatian ramai kerana melibatkan aduan mengenai keselamatan kenderaan serta hak pengguna untuk berkongsi pengalaman mereka.

Kes Zhang Yazhou: Aduan brek berakhir dengan saman

    Berdasarkan laporan AP, Zhang Yazhou mendakwa brek pada Tesla Model 3 miliknya gagal berfungsi ketika bapanya memandu, lalu menyebabkan kemalangan yang membabitkan beberapa kenderaan lain.

    Selepas membuat aduan secara terbuka mengenai isu itu, Tesla mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan fitnah dan berjaya memenangi kes tersebut.

    Mahkamah di China kemudian mengarahkan Zhang membayar lebih daripada $23,000 (kira-kira RM108,000) sebagai ganti rugi dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

    Menurut laporan yang sama, Tesla turut memfailkan saman terhadap sekurang-kurangnya enam pemilik kereta di China yang membuat aduan mengenai masalah kenderaan Tesla, termasuk dakwaan mengenai brek yang gagal berfungsi. Syarikat ini juga mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa blogger dan dua media China yang menulis secara kritikal mengenai Tesla.

    Tindakan Tesla menyaman pelanggan yang mengadu secara terbuka menimbulkan persoalan mengenai hak pengguna untuk bersuara. Walaupun Elon Musk, CEO Tesla, dikenali sebagai penyokong kebebasan bersuara, langkah undang-undang ini menimbulkan perdebatan mengenai cara syarikat itu mmenangani kritikan secara terbuka.

    Jejas reputasi Tesla di China

    Tindakan undang-undang Tesla terhadap pelanggan yang mengadu secara terbuka mungkin dilihat sebagai usaha untuk mengawal pandangan umum mengenai kualiti dan keselamatan kenderaan mereka. Tetapi dalam masa yang sama boleh menjejaskan reputasi Tesla di China kerana ia mungkin dilihat sebagai usaha untuk mengawal pandangan umum mengenai kualiti dan keselamatan kenderaan mereka.

    Langkah Tesla ini menarik perhatian ramai dan pemerhati industri, yang bimbang ia mungkin menjejaskan hak pengguna untuk berkongsi pengalaman mereka sebagai pelanggan.

    Sumber: Associated Press

    Related Posts