'Trend peningkatan perkahwinan wanita Kelantan dengan lelaki Pakistan' - JIM Kelantan | The Reporter

‘Trend peningkatan perkahwinan wanita Kelantan dengan lelaki Pakistan’ – JIM Kelantan

Wanita Kelantan
Gambar hiasan

Wanita di negeri Kelantan dikatakan menjadi rebutan lelaki warga asing dari Pakistan manakala lelaki pula memilih wanita dari Thailand untuk dijadikan isteri.

Perkara ini didedahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan berdasarkan Permohonan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang Pasangan Bukan Warganegara yang sentiasa meningkat setiap tahun melibatkan dua negara terbabit.

Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, peningkatan tersebut berlaku setiap tahun, terutama perkahwinan melibatkan pasangan Malaysia-Thailand di antara lelaki tempatan dan wanita di negara jiran.

“Permohonan berlaku setiap hari dan meningkat setiap tahun. Tahun 2022 seramai 175 lelaki tempatan menikahi wanita Thailand, 2023 (341) dan tahun lepas 308 orang.

“Ada juga wanita dari negara ini mengahwini lelaki dari Thailand namun angkanya tidak tinggi hanya sekitar 31 orang pada tahun 2022, 2023 (57) dan 2024 (78),” katanya.

Katanya, perkahwinan melibatkan wanita Malaysia dan lelaki Pakistan pula merekodkan seramai 31 orang tahun 2022, 2023 (27) dan 2024 (34).

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa faktor perkahwinan ini dipengaruhi oleh perkenalan melalui rakan, saudara-mara, serta laman sosial.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Related Posts