Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pengulas makanan di TikTok, CEO Kaki Review, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan seorang pengulas makanan yang didakwa memberikan ulasan terlalu jujur sehingga menjejaskan perniagaan peniaga.
“Aku ada pergi kedai tau, kedai yang… aku tak nak cakap nama dia lah. Yang si dia ni pergi review, sampai tak ada orang datang ke kedai tu. Apa benda kau buat? Kau nak tolong peniaga ke atau kau nak menjanamkan peniaga?” katanya dalam video yang baru dimuat naik semalam.
Menurutnya, pengulas makanan sepatutnya membantu peniaga dengan memberi maklum balas yang membina, bukan sekadar bersikap terlalu jujur sehingga menakutkan pelanggan lain.
“Orang tak panggil review, jangan datang. Kalau kau nak tolong dia, kau tolong dia. Tapi janganlah kau jujur sangat.”
‘Benda yang kau review tak sedap!’
Beliau turut menceritakan pengalamannya sendiri apabila mengunjungi sebuah kedai yang pernah diulas oleh pengulas makanan terbabit.
“Aku pernah sampai ke tempat yang dia review. Macam burger, ais krim. Aku pernah sampai dan aku bawa bini aku. Lillahi Ta’ala aku cakap, benda yang kau review tu tak sedap.
“Tapi dalam video kau cakap sedap. Kau bagi rating 7 per 10, 8 per 10. Tapi bila kena pada tekak aku, tak sedap. Langsung tak sedap! Lillahi Ta’ala aku cakap, hancur,” tegasnya.
Pengulas makanan Melayu perlu sokong peniaga Melayu
Beliau juga menegaskan pengulas makanan Melayu seharusnya menyokong peniaga Melayu, tetapi bukan dengan cara mempromosikan makanan yang tidak sedap semata-mata demi konten.
“Kita orang tolong berbangsa Melayu. Tapi tak adalah sampai makanan tak sedap kita masuk dalam video. Kitorang tak kejam, tak sedap kitorang cakap tak sedap. Tapi bukan dalam video, kitorang akan panggil owner depan-depan,” jelasnya.
Katanya lagi, adalah tidak wajar bagi seorang pengulas makanan memberi rating seolah-olah mereka lebih hebat daripada peniaga yang mungkin sudah berpengalaman lama dalam bidang masakan.
“Budak-budak food review tak pernah bagi rating. Kita siapa nak bagi peniaga-peniaga rating? Kau tahu tak peniaga itu siapa? Entah-entah dia chef ke, dia champion daripada kau dulu ke? Bila kau review citarasa orang Melayu, kau kena ikut tekak orang Melayu, bukan ikut tekak kau.”
‘Kami tetap percaya Jason’

‘Islam ajar jujur bang’

‘Lastly guna card bangsa’









