Berang motosikal miliknya bakal ditarik akibat tunggakan ansuran selama 20 bulan, seorang wanita bertindak membakar kenderaan itu dalam kejadian di Taiping, Perak.
Berdasarkan rakaman video yang tular, wanita terbabit dilihat menyimbah petrol ke atas motosikal tersebut sebelum menyalakan api. Kejadian dipercayai berlaku selepas wakil syarikat kredit hadir untuk menarik kenderaan itu.
“Kami dari JCL Credit Leasing Sdn Bhd mahu tarik motosikal ini. Dah 20 bulan tak bayar motosikal,” kata seorang lelaki dalam video tersebut.
Perbuatan wanita itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Antaranya, Greg secara sinis menulis, “Ingat. Perempuan tak pernah salah. Yang salah tu motor.”
Seorang lagi netizen, Muhd Saddam Swandi berkata “Kalau tak mampu bayar pinjaman, jangan beli motor mahal. Beli motor second cash je lah. Hidup biarlah ukur baju di badan sendiri.”
Insiden ini bukan sahaja membahayakan keselamatan wanita tersebut, malah turut menimbulkan risiko kepada orang sekeliling.
Ramai netizen berharap kejadian seperti ini menjadi pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kewangan, terutama melibatkan komitmen ansuran jangka panjang.








