Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Semakin ramai pihak yang tampil membuat kenyataan mengenai dakwaan penipuan yang dilakukan oleh seorang pempengaruh dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri.
Susulan itu, 10 individu dilaporkan telah membuat laporan polis semalam.
Pempengaruh berkenaan dikatakan telah menawarkan pakej selama lima hari dengan bayaran sebanyak RM4,000, namun pelbagai masalah mula timbul.
Salah seorang mangsa mendakwa pakej pelancongan itu telah ditempah sejak Oktober lalu, namun dimaklumkan telah terbatal. Sehingga kini katanya, tidak mendapat semula pulangan wang seperti yang dijanjikan.
“Kali terakhir saya dihubungi oleh pengendali pakej berkenaan adalah ketika bayaran terakhir dibuat, sehingga kini saya masih belum menerima sebarang perkembangan berhubung wang tempahan yang dibatalkan,” katanya.
Seorang Wanita pula pula berkongsi pengalaman bersama 26 individu lain menghadapi kesukaran dengan penginapan yang sering ditukar, makanan, pengangkutan, dan tiket penerbangan. Mereka juga tidak disediakan tiket penerbangan pulang, menyebabkan majikannya terpaksa mendahulukan RM15,000 untuk membawa mereka pulang.
“Hotel yang dikatakan ditempah oleh individu itu bertukar sebanyak empat kali.
“Hotel kami ditukar lagi sekali sewaktu tiba yang terletak berjauhan dari ibu negara dan memakan masa perjalanan selama dua jam dari Seoul,” katanya.
Menerusi Instagram Story, Kim Seri tampil memohon maaf dan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum atau pada 1 Februari 2025.

Sumber: Harian Metro