'Hospital bersalin takdok lagi setakat ni' - Bekas MB Terengganu nafi pemilik Hospital Bersalin Razif | The Reporter

‘Hospital bersalin takdok lagi setakat ni’ – Bekas MB Terengganu nafi pemilik Hospital Bersalin Razif

Isu tular mengenai jenazah bayi yang dibekukan di sebuah hospital swasta, pelbagai spekulasi mula timbul dan ada yang cuba menyelongkar siapa sebenarnya doktor yang bertugas pada hari kejadian.

Isu berkenaan juga terpalit pada nama bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abd. Rahman yang mendakwa telah diserang oleh netizen gara-gara nama yang sama selain memiliki sebuah pusat rehabiliti.

Dalam kenyataan di Facebook, Razif menafikan sekeras-kerasnya tuduhan netizen ke atasnya.

“Mohon bertenang semua. Bertalu-talu saya terima mesej dan komen di media sosial, ramai pakat marah saya.

“Saya bukan pemilik Hospital Bersalin Razif. Salah orang itu, saya cuma ada Pusat Rehabilitasi Kuala Nerus,” katanya.

Terdahulu, tular mengenai jenazah bayi lelaki yang ditahan selama dua minggu ekoran dikatakan bapanya tidak mempunyai wang untuk menjelaskan bil hospital.

Susulan itu juga, Hopsital Bersalin Razif pula tampil membuat kenyataan.

Related Posts