Gagal jelaskan bayaran tertunggak lebih RM1 juta, 4 kereta mewah Datuk Seri Vida disita | The Reporter

Gagal jelaskan bayaran tertunggak lebih RM1 juta, 4 kereta mewah Datuk Seri Vida disita

Sumber Gambar: Utusan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah menyita aset milik usahawan terkenal, Datuk Seri Vida.

Tindakan berkenaan dilaporkan kerana beliau gagal menjelaskan bayaran baki tertunggak kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM 1,060,285 pada tahun 2018.

Beberapa aset beliau yang disita adalah merupakan keseluruhan barangan milik beliau beserta empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyata Grand Hiace dan BMW X7.

Memetik laporan dari mStar, syarikat berkenaan telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan kerja pengubahsuaian bangunan pejabat beliau, Vida All Star Studio di Elite Industrial Park, Seksyen 33, Shah Alam.

Dalam laporan itu turut menyebut sekiranya Vida dapat membayar ganti rugi dalam jumlah yang dinyatakan dalam tempoh dua minggu, proses lelongan barangan disita akan dihentikan.

Sementara itu, wakil syarikat Ah Design Communication memaklumkan tindakan berkenaan terpaksa dilakukan memandangkan beberapa cara telah dibuat untuk selesaikan isu berkenaan, namun pihak berkenaan tidak memberikan maklum balas dan perbincangan menemui kegagalan.

Difahamkan usahawan yang juga terkenal dengan lagu ‘I am Me’ itu kini berada di China.

Related Posts