'Kami teraniaya, sampai bila kena tunggu?' - Pembeli luah rasa kecewa, 5 tahun menunggu rumah siap | The Reporter

‘Kami teraniaya, sampai bila kena tunggu?’ – Pembeli luah rasa kecewa, 5 tahun menunggu rumah siap

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok Residensi Hektar Gombak

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Kami teraniaya….” Antara luahan pembeli rumah pangsapuri yang terletak di Gombak.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, salah seorang wakil pembeli yang merupakan seorang orang kelainan upaya (OKU) meluahkan rasa sedih apabila projek perumahan belum dapat didiami setelah lima tahun menunggu.

Lagi menyedihkan apabila pinjaman menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sudah dipotong selama tiga tahun.

@residensihektargombak

KAMI TERANIAYA LIMA TAHUN MENUNGGU.. SAMPAI BILA… JANJI TERUS TINGGAL JANJI RUMAH TAK SIAP, PINJAMAN LPPSA DAH KENA POTONG TIGA TAHUN. Selepas sekian lama menunggu dengan penuh harapan, melihat rumah idaman tidak siap atau terbiar begitu sahaja sangat meluluhkan hati. Ini lebih terasa apabila pembeli telah merancang masa depan di rumah tersebut, dengan harapan dapat membina kehidupan yang stabil dan selesa bersama keluarga. Pembeli rumah terpaksa menanggung kos yang tidak dijangka, seperti membayar ansuran pinjaman perumahan, sewa rumah sementara, dan perbelanjaan lain yang berkaitan. Ini membawa beban kewangan yang sangat berat, apatah lagi jika komitmen pinjaman rumah sudah lama berjalan tetapi tiada tanda-tanda rumah akan siap. Ramai pembeli merasakan diri mereka ditipu oleh pemaju. Rasa tidak dipedulikan semakin mendalam apabila tiada tindakan berkesan daripada pihak berkuasa atau pemaju untuk menyelesaikan masalah ini. Keadaan rumah yang terbiar juga mengundang perasaan cemas dan tidak pasti. Mereka risau sama ada rumah tersebut dapat disiapkan atau sebaliknya. Perasaan ini semakin menghantui apabila ada keluarga yang bergantung harap kepada rumah tersebut untuk masa depan mereka. Penantian yang tidak berkesudahan turut memberi tekanan emosi. Ramai yang berasa tertekan, letih, dan hilang semangat. Apatah lagi, proses mendapatkan rumah biasanya dikaitkan dengan kegembiraan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya – menimbulkan luka dalam jiwa dan kadang-kadang menghilangkan kepercayaan terhadap pemaju. Di sebalik segala cabaran, masih ada segelintir pembeli yang menyimpan harapan agar isu ini diselesaikan dengan segera. Mereka ingin melihat kerajaan, pihak berkuasa, dan pemaju bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah ini agar mereka dapat memiliki kediaman sendiri seperti yang dijanjikan. Demi Residensi Hektar Gombak, ku bangkit bersama. #DemiHektar #OKUItuAku #residensihektar #hektar #rumahwip @Anwar Ibrahim @Zahir Hassan @KPKT Malaysia @🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

♬ Sepenuh Hati by Rony Parulian x Andi Rianto – sadvibes🥀

Katanya, situasi berkenaan telah menyebabkan pembeli berasa terbeban dengan kewangan sedangkan rumah yang dijanjikan belum siap sepenuhnya.

“Selepas sekian lama menunggu dengan penuh harapan, melihat rumah idaman tidak siap atau terbiar begitu sahaja sangat meluluhkan hati.

“Ini lebih terasa apabila pembeli telah merancang masa depan di rumah tersebut, dengan harapan dapat membina kehidupan yang stabil dan selesa bersama keluarga.

“Pembeli rumah terpaksa menanggung kos yang tidak dijangka, seperti membayar ansuran pinjaman perumahan, sewa rumah sementara, dan perbelanjaan lain yang berkaitan,” katanya.

Susulan itu, pembeli mahukan tindakan dari pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini agar mereka dapat memiliki kediaman impian mereka seperti yang telah dijanjikan.

Sumber: Residensi Hektar Gombak

Related Posts