'Sampai sekarang tak dapat surat enjin K24 Type R' - Pemenang laki dro tuntut Remy Ampang bertanggungjawab | The Reporter

‘Sampai sekarang tak dapat surat enjin K24 Type R’ – Pemenang laki dro tuntut Remy Ampang bertanggungjawab

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Belum habis kontroversi hadiah utama acara Honda Day Malaysia 2024, kini timbul pula luahan ketidakpuasan hati pemenang hadiah cabutan bertuah ketiga yang mendakwa telah dianiaya oleh penganjur.

Aimran Roslan melalui hantaran di Facebooknya hari ini memaklumkan, pada hari acara tersebut, dia memenangi hadiah cabutan bertuah enjin K24 Type R. Namun, sehingga ke hari ini surat enjin tersebut masih belum diserahkan kepadanya.

“Hadiah ketiga lucky draw Honda Day Malaysia 2024. Katanya engine K24 Type R. Sampai sekarang tak dapat surat enjin. Siapa-siapa yang tahu, betul ke ini enjin K24 Type R?

“Pemenang hadiah ketiga pun kena aniaya. Surat beranak untuk enjin itu pun tak ada, macam mana nak pasang nanti? JPJ tak lepas, enjin wiring pun tak ada untuk test start. Entah-entah tak hidup.

“Semua bengkel kereta tak mahu ambil risiko, kang jadi besi buruk je. Dalam enjin pun langsung tak ada minyak. Bau busuk minyak lama karat ada lah.

“Mohon Remy Ampang bertanggungjawab dengan hadiah ‘laki dro’ ketiga ini. Jangan buat senyap bro, lu padu lu bagi surat enjin. Lu padu, lu ganti hadiah baru,” katanya.

Terdahulu, penganjur acara Honda Day Malaysia 2024 dikecam ramai susulan hadiah utama yang diberikan kepada pemenang cabutan bertuah berupakan sebuah kereta buruk, Honda Accord SM4. Namun, hadiah itu kemudian ditukar ke kereta BMW F30.

Baca: Lepas tular rim bengkok, hadiah BMW F30 Honda Day didakwa ada dua rekod kemalangan ‘High Severity’

Malangnya, kereta tersebut juga mempunyai masalah rim bengkok dan semakan di pangkalan data mendapati kereta itu pernah terbabit dalam kemalangan.

Related Posts