Polis terima 12 laporan kes buli termasuk anak Tam Spider dan Khir Rahman | The Reporter

Polis terima 12 laporan kes buli termasuk anak Tam Spider dan Khir Rahman

Sumber Gambar: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini penyanyi kumpulan Spider, Tam mendedahkan anaknya telah dibuli di sebuah sekolah berasrama.

Anak kepada pelakon Khir Rahman juga turut dikatakan menjadi mangsa buli di sekolah berkenaan.

Menerusi beberapa laporan juga, ada ibu bapa yang tampil bersuara menyatakan anak mereka juga menjadi mangsa buli.

Susulan itu, polis menerima 12 laporan berhubung isu kejadian.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa sebahagian laporan dibuat oleh pelajar yang menjadi mangsa buli dan sebahagiannya adalah daripada ibu bapa kepada mangsa lain.

Kesemua mangsa katanya terdiri daripada pelajar berusia 14 hingga 16 tahun dan pembuli pula merupakan pelajar berusia 17 tahun.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan siasatan mendapati terdapat pembabitan seorang warden asrama dalam kes buli tersebut.

“Berdasarkan laporan, ada mangsa ini mengalami kecederaan di telinga, lebam di tangan dan kaki. Tiada senjata digunakan dalam kejadian buli itu, hanya menggunakan tangan dan kaki.

“Bagaimanapun, polis mengambil berat mengenai kes buli ini yang tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Banyak insiden yang berlaku dan sudah ada pelajar yang dituduh di mahkamah walaupun menggunakan tangan dan kaki tetapi boleh menyebabkan kecederaan pelajar,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts