Lesu & cium daun pokok limau, ramai terhibur lihat gelagat lelaki alami 'alahan mengandung' | The Reporter

Lesu & cium daun pokok limau, ramai terhibur lihat gelagat lelaki alami ‘alahan mengandung’

Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok shah_nazri

Wanita yang mengandung tidak terlepas dari mengalami alahan. Kata orang pembawakan budak ini ada kalanya sehingga usia kandungan mencecah tiga bulan dan ada juga berlarutan sehingga ke trimester ketiga.

Tapi, agak berlainan pula keadaan bagi wanita ini. Tempias alahan terkena pada suaminya.

Menerusi beberapa perkongsian di TikTok shah_nazri, suaminya dirakam duduk dan mencium pokok limau di depan rumah mereka bagi mengatasi alahan yang dialami.

https://www.tiktok.com/@shah_nazri_87/video/7422202285331156225?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7421430034931992072

“Yang mengandung orang lain, yang alah orang lain.

“Kasihan ada, keseronokan pun ada bila suami menerima alahan mengandung,” katanya.

Selain itu juga, beberapa rakaman diambil suaminya kelihatan lesu dan termenung panjang.

@shah_nazri_87

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Masa moody jangan berani-berani #alahanpanjang #mengandung #nikmatallah #kawanbudokpekan #fyp

♬ tak akan pernah jauh – bigboss

Bagaimanapun, menerusi beberapa komen katanya menurut orang tua-tua alahan tersebut berpindah pada suami kerana si suami sangat sayangkan isteri dan tidak mahu membiarkan isterinya menanggung alahan.

Dalam istilah lain pula disebut sebagai couvade syndrome.

Related Posts