'Tiada tolak ansur terhadap perlakuan tidak senonoh' -Pemangku Sultan Johor | The Reporter

‘Tiada tolak ansur terhadap perlakuan tidak senonoh’ -Pemangku Sultan Johor

Sumber Gambar: Jaringan X HRH Crown Prince of Johor

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertegas tidak akan bertolak ansur dengan acara tular yang berlaku di Desaru, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Baginda dalam pada itu memetik kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz mengenai Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 yang menjadi kecaman ramai.

“Tindakan sudah diambil terhadap pihak yang terlibat, tiada tolak ansur di Johor,” titah baginda.

Terdahulu, tular sekumpuan penari wanita yang memakai pakaian mencolok mata serta beberapa peserta lelaki berpakaian seperti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam satu acara larian.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika menyertai acara berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan Negeri memandang serius terhadap isu ini dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan acara yang mencetuskan isu yang menggugat keharmonian dan kedaulatan agama Islam serta menjatuhkan imej negeri Johor.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) menegaskan penganjuran larian berkenaan tidak mendapat kelulusan dan pemakluman pihaknya.

Related Posts