'Kat dunia ni memang kena penat' - Pempengaruh kongsikan ayat Al -Quran, buat netizen tersentuh | The Reporter

‘Kat dunia ni memang kena penat’ – Pempengaruh kongsikan ayat Al -Quran, buat netizen tersentuh

Sumber Gambar: Tangkap Layar video Syed Arab

qqLelah dan penat satu fasa yang dilalui apabila sudah meningkat dewasa terutamanya.

Fasa-fasa ini juga dilihat turut menguji keimanan individu dalam menghadapi kehidupan yang mencabar.

Apa pun yang berlaku, sudah pastinya ketenangan itu akan dapat dicapai jika kita sentiasa muhasabah diri dan mengadu pada Yang Esa.

Satu hantaran menarik yang dikongsikan oleh seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Syukri Arab’s berkongsikan tentang istilah penat.

@syukriarabs

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


PENAT ke? Dengar jap. #penat

♬ Peaceful – Calming Tune

Dalam hantaran berkenaan, beliau memetik sepotong ayat dari Surah Al-Hijr ayat 48, yang memberikan gambaran ganjaran syurga bagi orang-orang yang beriman.

“Mereka tidak akan ditimpa dalam syurga nanti (bagi orang-orang yang soleh) kepenatan dan mereka tidak akan keluar selama-lamanya.

“Senang je konsep dia, kat dunia ni memang sentiasa kena penat. Fitrah sebenarnya.

“Kau penat balik kerja, rasa nak tidur je. Jangan stress, patutnya kita bangga. Penat di dunia insya-Allah kat syurga nanti tak akan penat dah,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang berterima kasih pada pempengaruh berkenaan kerana berkongsikan ayat dan kata-kata yang membuatkan mereka berfikir sejenak dengan apa yang dilalui.

Related Posts