Wanita dipenjara 4 tahun kerana jalin hubungan terkutuk dengan 2 pelajar sekolah di bilik anaknya | The Reporter

Wanita dipenjara 4 tahun kerana jalin hubungan terkutuk dengan 2 pelajar sekolah di bilik anaknya

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun selepas didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak senonoh dengan dua pelajar sekolah berusia 13 tahun di bilik tidur anaknya.

Kejadian tersebut berlaku ketika anaknya sedang berada di sekolah.

Mahkamah mendapati tertuduh, Natalie Harris, telah menghubungi kedua-dua pelajar itu melalui aplikasi Snapchat sebelum mengundang mereka datang ke rumahnya dan melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa pengetahuan anaknya.

Walaupun ibu kepada enam anak itu telah meminta mereka merahsiakan kejadian tu, dia telah ditahan selepas video perbuatannya yang dirakam oleh salah seorang pelajar terbabit, tersebar di kalangan pelajar sekolah.

Telefon bimbitnya dirampas dan pemeriksaan berjaya menemui mesej perbualan Natalie bersama salah seorang pelajar terbabit yang namanya disimpan sebagai Rachel.

Mangsa trauma

Sementara itu, ibu kepada salah seorang mangsa berkata, dia melihat anaknya semakin murung akibat ‘mimpi ngeri’ tersebut.

Dia menambah bahawa anaknya yang malang itu telah hilang minat terhadap beberapa hobi dan kini hanya duduk di dalam rumah.

“Hati saya hancur, saya tidak pernah terfikir perkara ini akan berlaku kepada anak saya – dia masih kanak-kanak,” katanya.

“Natalie telah mengubah hidup keluarga kami sepenuhnya.

“Perkara yang paling menyedihkan adalah dia telah merampas zaman kanak-kanak anak saya dan saya tidak akan memaafkannya.

“Anak saya tidak akan dapat kembali zaman kanak-kanak yang telah dirampas daripadanya. Ini akan kekal bersama kami sepanjang hayat,” katanya.

Khianat kepercayaan

Hakim yang mengendalikan kes ini berkata, tindakan tertuduh adalah sangat tidak bertanggungjawab dan telah melanggar kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat. Hukuman penjara selama empat tahun dijatuhkan sebagai pengajaran dan untuk melindungi kanak-kanak daripada sebarang ancaman.

Kes ini juga menekankan kepentingan pengawasan ibu bapa dan peranan masyarakat dalam memastikan keselamatan kanak-kanak. Pihak berkuasa menyeru agar golongan ibu bapa lebih peka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi anak-anak mereka daripada sebarang bahaya.

Related Posts