Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
1 Ogos lalu, sebuah kereta elektrik Mercedes-Benz EQE terbakar di tempat letak kereta bawah tanah sebuah apartmen di Incheon, menyebabkan kerosakan besar pada lebih dari 140 buah kenderaan lain.
Kejadian itu juga memaksa sekitar 700 penghuni apartmen diarahkan keluar dari kediaman masing-masing.
Kebakaran tersebut disyaki berpunca daripada bateri yang dibekalkan oleh pengeluar dari China, Farasis Energy.
Insiden ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan bateri kereta elektrik (EV) di kalangan pengguna di Korea Selatan. Beberapa bangunan dilaporkan telah mula melarang kenderaan elektrik diletakkan di tempat letak kereta bawah tanah untuk mengelakkan kejadian serupa.
Berikutan insiden kebakaran itu, ramai pemilik EV di Korea Selatan mula menjual kereta mereka dengan pantas. Lebih daripada 100 model EQE telah masuk dalam senarai di platform perdagangan kereta terpakai SK Encar, menyebabkan harga kereta EV mewah ini jatuh mendadak.
Pengeluar EV dan pihak berkuasa kini sedang menilai semula langkah-langkah keselamatan untuk memastikan kejadian serupa tidak berulang. Ini termasuk kajian semula reka bentuk bateri dan sistem keselamatan, serta penilaian risiko yang lebih ketat untuk parkir EV di tempat letak kereta bawah tanah. – Agensi