Netizen Indonesia claim persembahan Lima Langkawi 2023 (UAE) milik negaranya? | The Reporter

Netizen Indonesia claim persembahan Lima Langkawi 2023 (UAE) milik negaranya?

Baru-baru ini, satu video pertunjukan udara LIMA Langkawi 2023 telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut yang asalnya dimuat naik di YouTube menunjukkan persembahan Team Aerobatik Al Fursan dari Emiriyah Arab Bersatu, telah dikongsi semula oleh netizen Indonesia di Facebook.

Dalam perkongsian tersebut, netizen Indonesia mendakwa video itu adalah sebahagian daripada sambutan hari kebangsaan Indonesia.

“MasyaAllah! Mempersonanya, sampai matipun Indonesia adalah negeriku yang paling ku cintai. Luar biasa hidup TNI AU,” tulis Maya Kurnia.

Perkongsian ini telah mendapat banyak reaksi dan komen, termasuk beberapa yang membandingkan kemampuan Malaysia dan Indonesia dalam menganjurkan acara besar seperti ini.

“Malaydesh otak tum pul mana bisa kayak gini,” tulis Teuku Tubagus Rahadian.

Pertunjukan udara LIMA Langkawi adalah acara antarabangsa yang diadakan di Malaysia dan terkenal dengan pertunjukan udara yang memukau. Namun, dakwaan bahawa video tersebut adalah dari acara di Indonesia mengundang perhatan netizen Malaysia.

“Biar jelah. Kalau Indonesia tak pelik. Kita jangan buang masa layan. Lima Langkawi tu international event. Bukan Malaysa je tau. Jadi kalau orang tengok pun orang tahu. Lawan dengan Indonesian ni buang masa. Kita bagi fakta pun kadang-kadang diorang boleh putar belitkan fakta,” kata Suraya.

“Abaikan saja, tak usah layan. Biarlah apa mereka nak kata. Jangan kita termakan dengan provokasi mereka. Kita lebih bijak dan tahu perangai diorang macam mana,” kata Kairu Yu.

Sumber: Asean Skyline

Related Posts