Murid lelaki hadiahkan Guru Besar SK Seberang Marang buah mempelam, hadiah perpisahan | The Reporter

Murid lelaki hadiahkan Guru Besar SK Seberang Marang buah mempelam, hadiah perpisahan

Sumber Gambar: Tangkap layar FB Zamri Mat KL

Selain ibu bapa, pendidik merupakan individu yang sangat dihargai oleh para pelajar. Walaupun tiada pertalian, namun kasih dan tanggungjawab seorang pendidik akan diingati pelajar sampai bila-bila.

Satu video tular mengundang sebak ramai apabila seorang murid lelaki di sebuah sekolah di SK Seberang Marang tidak dapat menahan kesedihan di majlis perpisahan seorang Guru Besar.

Melihat tangisan anak murid berkenaaan yang merupakan seorang anak yatim, Guru Besar, Cikgu Zakaria Omar turut sebak dan memeluk erat anak muridnya.

Lagi menyedihkan, anak muridnya menghadiahkan Guru Besar berkenaan beberapa biji buah mempelam tanda perpisahan.

“Juraian air mata menjadi saksi kasih seorang mantan Guru Besar dan perasaan sayang dari anak-anak SK Seberang Marang yang dipupuk sepanjang enam tahun perkhidmatan mengiringi hari perpisahan.

“Kasih seorang anak yatim begitu menyentuh hati dengan memberikan hadiah perpisahan beberapa biji mempelam,” kongsi Zamri Mat KL.

Katanya, hadiah berkenaan diberikan kerana tahu itulah buah kegemaran mantan Guru Besar.

Related Posts