'Syukur, anak saya ditemukan selamat' - Bapa Raisya Rasyiqah | The Reporter

‘Syukur, anak saya ditemukan selamat’ – Bapa Raisya Rasyiqah

Sumber Gambar: Media Sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Remaja perempuan berusia 15 tahun, Raisya Rasyiqah ditemukan selamat di pekan Beranang.

Raisya yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemui di Pekan Beranang kira-kira jam 2 petang tadi.

Bapa Raisya, Mohd Roshdan berkata, anaknya ditemukan oleh rakan-rakannya yang terserempak di pekan.

“Anak saya ditemukan oleh rakan-rakannya yang terserempak dengannya di pekan Beranang sebelum membawanya ke Balai Polis Beranang.

“Ketika ditemui, Raisya dalam keadaan tidak bermaya dan letih. Saya sendiri belum berkesempatan untuk bertanyakan kepada Raisya di mana dia pergi sepanjang tempoh dia hilang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau bersyukur dan beterima kasih kepada semua pihak yang membantu.

“Saya bersyukur anak ditemukan dalam keadaan selamat. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengesan Raisya termasuk polis serta pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sekitar Beranang,” katanya.

Terdahulu, Raisya Rasyiqah dilaporkan hilang 12 Ogos lalu dan kali terakhir dikesan berada di Kawasan SMK Khir Johari, Beranang dengan berpakaian t-shirt Kadet Polis dan bertudung ungu.

Sumber: Harian Metro

Related Posts