CEO Starbucks, Laxman Narasimhan dipecat | The Reporter

CEO Starbucks, Laxman Narasimhan dipecat

Sumber Gambar: Starbucks

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Starbucks dilaporkan mengambil tindakan drastik apabila memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Laxman Narasimhan yang telah memegang jawatan berkenaan sejak Mac 2023.

Menerusi satu laporan, pendapatan suku ketiga Starbucks menurun sebanyak 4% dalam jualan kedai berbanding penurunan 3% pada suku sebelumnya. Jika dibandingkan dengan pendapatan tahunan penuh untuk 2023 yang meningkat sebanyak 11.5% (tahun fiskal berakhir pada September 2023), jenama ini mengalami penurunan ketara.

Tindakan untuk memecat Narasimhan juga dipercayai akibat tekanan daripada pelabur dan kesan kempen boikot secara global.

Narasimhan akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Brian Niccol, CEO dan pengerusi Chipotle Mexican Grill, sebagai pengerusi dan CEO baharu, berkuatkuasa 9 September.

Susulan itu, berita mengenai perubahan CEO telah menyebabkan saham Starbucks melonjak sebanyak 24.5%.

Niccol dikenali kerana membawa jenama Chipotle sebagai pilihan makanan kegemaran yang bersaing dengan pesaing seperti McDonald’s, Wendy’s dan Burger King.

Kehadiran muka baru dalam perniaagan itu juga ‘direstui’ oleh pengasas Starbucks, Howard Schultz dan beliau cukup yakin dengan kepimpinan yang dibawa oleh Niccol.

Sumber: Forbes

Related Posts