Bang Med trending di media sosial, santuni atlet-atlet badminton negara di Sukan Olimpik | The Reporter

Bang Med trending di media sosial, santuni atlet-atlet badminton negara di Sukan Olimpik

Sumber Gambar : Jaringan X Shahrazad Sani

Hampir setiap hari kita disajikan dengan kehangatan Sukan Olimpik Paris 2024. Sudah pastinya, tanpa individu di belakang tabir yang bekerja keras demi menjayakan siaran langsung terus dari kaca televisyen rumah, suasana tersebut sukar dirasai.

Bukan sahaja penghargaan buat atlet negara, terima kasih juga perlu diberikan kepada individu yang tanpa henti memberikan siaran yang terbaik buat rakyat Malaysia.

Ketika ini, nama seorang pengamal media dari Astro Arena tular di media sosial.

Ahmed Shahrazad Sani atau lebih dikenali sebagai Bang Med, dipuji kerana sering menyantuni atlet-atlet negara.

Semasa perlawanan badminton, Bang Med antara individu yang sebak dengan kemenangan pingat gangsa yang diperoleh oleh Lee Zii Jia.

Begitu juga dengan kemenangan beregu badminton lelaki Aaron & Wooi Yik, sehinggakan mereka berseloroh menyatakan dengan kehadiran Bang Med, mereka memperoleh pingat gangsa buat Malaysia.

https://twitter.com/ASTROARENA/status/1820121109435711517

Sebelum itu juga, Bang Med dilihat sebak dengan perjuangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah.

Sikap Bang Med disifatkan sebagai ‘wakil rakyat Malaysia’ menyampaikan sokongan yang tidak berbelah bahagi buat atlet-atlet Malaysia. Semoga sikap mesra Bang Med sebagai pengamal media dengan atlet sukan dicontohi oleh pengamal media lain.

Dan diharapkan Bang Med terus maju jaya dan sentiasa melaporkan berita-berita yang terbaik sepanjang Sukan Olimpik berlangsung.

Sumber: Astro Arena

Related Posts