Rider tolak security guard sampai terjatuh, tak puas hati disuruh hantar makanan pelanggan ke depan pintu | The Reporter

Rider tolak security guard sampai terjatuh, tak puas hati disuruh hantar makanan pelanggan ke depan pintu

Tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang penghantar makanan bertindak mengasari pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat, 26 Julai lalu.

Menurut seorang individu yang penduduk di kondominium itu berkata, pengawal keselamatan (pekerja asing) terdahulu memaklumkan bahawa bungkusan makanan pelanggan tidak boleh ditinggalkan di lobi.

Tidak berpuas hati ditegur, lelaki terbabit bertindak menolak mangsa dengan kuat sehingga terjatuh. Mangsa tidak membalas perbuatan lelaki itu. Sebaliknya dia bangun dan berlalu pergi.

“Dia pengawal keselamatan yang baik dan suka membantu orang, tetapi penghantar makanan ini membuli dan menolak dia sehingga terjatuh hanya kerana lelaki itu enggan naik ke tingkat atas untuk menghantar makanan,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, pihak pengurusan kondominium tidak membenarkan bungkunan makanan ditinggalkan di lobi. Ini kerana pernah berlaku di mana bungkusan makanan tidak dituntut dan akhirnya makanan itu rosak dan berulat.

Dan disebabkan itu, penghantar makanan diminta menghantar terus bungkusan makanan di depan pintu rumah pelanggan.

Bagi membolehkan mereka naik keatas, pengawal keselamatan akan mengimbas kad aksesnya untuk membenarkan lelaki itu menggunakan perkhidmatan lif.

Selepas kejadian itu, lelaki terbabit langsung tidak menghulurkan bantuan kepada mangsa dan terus masuk ke dalam lif sebelum menyedari lif itu hanya dapat digunakan dengan kad akses pengawal keselamatan.

Mangsa pula terus menuju ke pondok pengawal untuk meminta bantuan dan tidak beberapa lama kemudian, beberapa pegawai polis tiba di lokasi. Tidak diketahui sama ada penghantar makanan itu dikenakan tindakan.

Sumber: World of Buzz

Related Posts