Dikala orang ramai memuji rekaan pakaian rasmi atlet Malaysia untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024 di Paris, MCA memilih untuk mengkritik rekaan Rizman Ruzaini, The Malaya, yang didakwa tidak melambangkan kepelbagaikan kaum di Malaysia.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, “Inikah pakaian rasmi delegasi Malaysia ke Olimpik Paris yang Menteri Belia dan Sukan daripada DAP Hannah Yeoh bangga-banggakan itu?
“Mana janji kepelbagaian?” katanya dalam hantaran di media sosial.
Mengulas lanjut, Chong berkata rekaan The Malaya itu tidak mempunyai identiti masyarakat lain seperti Cina, India, Sabah dan Sarawak.
“Ini sama sekali tidak melambangkan karektor unik Malaysia. Malah ia juga tiada kena mengena dengan sukan. Gagal,” katanya lagi.
Sementara itu, Hannah Yeoh memaklumkan rekaan busana tersebut menerima respon positif daripada para peminat sukan tanah air.
Selain itu, salah seorang pereka The Malaya, Rizman Nordin berkata, pemilihan baju teluk belanga adalah sebagai tanda junjungan kasih buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berasal dari Selangor.
Warna hijau zaitun pula dipilih dengan motif keemasan kerana warnanya memberi aura klasik dan di bawah pantulan cahaya ia akan memancarkan efek keemasan, simbolik harapan untuk altet Malaysia membawa pulang pingat emas.
Sumber: MalaysiaKini, Bernama








