Penjawat awam ditahan, abang mangsa dalam perjalanan ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini | The Reporter

Penjawat awam ditahan, abang mangsa dalam perjalanan ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini

Susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah di Felda Gedangsa, polis telah menahan seorang penjawat awam untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, penyelia wanita yang enggan dikenali memaklumkan dia sedang menunggu pengesahan mengenai penemuan mayat Nur Farah Kartini yang dipercayai dibunuh sejak dilaporkan hilang, Rabu lalu.

“Saya sedang menunggu pengesahan jika benar itu dia. Saya dimaklumkan, abang kepada Nur Farah Kartini dalam perjalanan ke lokasi (penemuan mayat),” katanya.

Terdahulu media melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemui pada jam 6 petang di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu dan kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat.

Sumber: Harian Metro

Related Posts