'Kita bukan nak ngutuk, nak tanya je' - Wanita mohon maaf, nafi kutuk Laksa Sarawak | The Reporter

‘Kita bukan nak ngutuk, nak tanya je’ – Wanita mohon maaf, nafi kutuk Laksa Sarawak

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Laksa Sarawak, makanan yang terkenal dan digemari oleh penduduk tempatan dan pelancong di Sarawak, baru-baru ini menjadi subjek kontroversi di media sosial.

Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan seorang wanita bernama Suhaiza Sue, yang merakam dan mengkritik Laksa Sarawak yang dipesan rakannya di sebuah kedai makan di The Spring Food Bazaar.

“Ini apa ni? Laksa Sarawak ke ini? Bau jamu okay. Ke dia letak daun Basil tu?” kata Suhaiza dalam video tersebut.

Tonton video tular di bawah:

Dalam video berdurasi setengah minit itu menunjukkan rakan Suhaiza mencuba tauhu yang diletakkan dalam hidangan itu, sambil menutup hidung. Tetapi gagal kerana tidak tahan dengan baunya.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat Sarawak, terutamanya peminat Laksa Sarawak, yang merasa makanan tradisional mereka telah dihina.

“Makcik, rezeki jangan dibuat begini. Kalau tak sedap atau tak suka, tak apa. Janganlah hina rezeki macam ini,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, Suhaiza tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya sekadar bertanya.

“Maaf orang Sarawak, kita bukan niat nak mengutuk. (Tapi) nak tanya saja. Memang Laksa Sarawak bau macam jamu, macam ini ek?” katanya.

Suhaiza turut menjelaskan, sebelum itu rakannya telah mencuba Laksa Sarawak semasa bersarapan di hotel. Namun, pengalaman mencuba hidangan yang sama di The Spring Mall pula adalah berbeza.

“Tapi kita pergi Spring Mall tu, order mee kari. Sampainya sama Laksa Sarawak. Sebijik macam jamu maajun tu weh. Tak tertelan, tolak (rugi) gitu saja RM15,” katanya.

Sementara itu, semakan netizen mendapati menu yang dipesan oleh Suhaiza bukanlah Laksa Sarawak, tetapi Yong Tao Foo berkuah kari. Gambar yang dikongsikan juga kelihatan sama dengan menu yang ditularkan itu.

Related Posts