'Woi! Nak settle, berhenti!' - Tular video pemandu Alza bergaduh dengan pengguna jalan raya | The Reporter

‘Woi! Nak settle, berhenti!’ – Tular video pemandu Alza bergaduh dengan pengguna jalan raya

Gambar dari video tular di media sosial.

Membuli pengguna jalan raya lain semasa memandu bukan sahaja berbahaya tetapi juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. Penting bagi pemandu untuk mengawal emosi dan kesabaran mereka untuk mengelakkan pergaduhan yang tidak diingini.

Baru-baru ini, satu video telah tular di platform X yang menunjukkan seorang pemandu kereta Perodua Alza yang tidak berpuas hati dengan seorang lagi pengguna jalan raya. Kejadian ini berlaku pada 4 Mei lalu, kira-kira jam 4 petang di KM 134 Pagoh, Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurut pengadu, dia telah memotong kenderaan lelaki tersebut yang didakwa memandu secara perlahan di lebuhraya. Tidak berpuas hati dengan tindakan pengadu, lelaki tersebut bertindak mengejar dan meminta pengadu memberhentikan keretanya di tepi lebuhraya untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Namun, pengadu enggan berbuat demikian dan memaklumkan bahawa dia akan terus memandu ke balai polis berhampiran dan mengajak lelaki tersebut menyelesaikan masalah di balai.

Dalam klip video kedua, lelaki tersebut bertindak menendang kereta dan menunjukkan isyarat jari tengah kepada pengadu.

Apa yang berlaku selepas itu masih belum diketahui.

Peringatan kepada semua pemandu, tindakan agresif di jalan raya tidak akan menyelesaikan masalah, tetapi hanya akan menambah risiko kemalangan dan konflik. Jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan menghormati satu sama lain.

Related Posts