Tular video selebriti sensasi menari, Fiesta Raya Baling diarahkan tutup & penganjur mohon maaf | The Reporter

Tular video selebriti sensasi menari, Fiesta Raya Baling diarahkan tutup & penganjur mohon maaf

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video memaparkan selebriti sensasi, Azwan Ali menari bersama beberapa orang lelaki di atas pentas pada Fiesta Raya Baling 2024.

Tindakan tersebut dikecam ramai, apatah lagi berlaku dalam bulan Ramadan.

@saifulnizam769

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lain macam sambutan di bulan Ramadan ampa.. Kat mana ni?

♬ original sound – Saiful Nizam – Saiful Nizam

Susulan itu, penganjur berkenaan, Maju Kedah Resources tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak terutama rakyat Kedah atas kontroversi yang berlaku.

Bukan atur cara program

Katanya, persembahan tarian ala dangdut selebriti itu bersama beberapa orang lelaki di atas pentas adalah di luar jangkaan pihaknya berikutan ia bukan salah satu daripada atur cara program.

Kehadiran selebriti adalah atas jemputan sahabat Tiktokers, Diva BB yang turut sama berniaga di Fiesta Raya Baling.

“Merujuk kepada video viral Diva AA menari di atas pentas Fiesta Raya Baling baru-baru ini, kami bagi pihak penganjur Fiesta Raya Baling 2024 memohon sejuta kemaafan atas isu berkenaan.

“Perkara itu berlaku diluar jangkaan kami yang mana pada asalnya kami menyangka ia hanyalah sekadar gurauan pentas kerana Diva AA, Azwan Ali tiada dalam senarai jemputan rasmi.

“Pihak Jawatankuasa Fiesta Raya Baling amat kesal di atas apa yang berlaku dan sekali lagi memohon maafkepada semua pihak yang terkesan dengan isu tersebut,” katanya.

Teguran daripada ADUN, beri arahan fiesta ditutup

Susulan insiden berkenaan juga, pihaknya menerima teguran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob dan mengarahkan Fiesta Raya Baling 2024 ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung insiden berkenaan.

“Kami selaku penganjur dengan rasa tanggungjawab menerima teguran tersebut untuk menutup terus penganjuran acara Fiesta Raya Baling 2024.

“Hari Sabtu adalah hari terakhir kami beroperasi,” katanya.

Perkara tersebut juga dikongsikan oleh seorang pempengaruh iaitu Eira Azira. Penutupan karnival berkenaan katanya telah menjejaskan perniagaan peniaga. Katanya lagi, sudah memadai jika hanya pentas sahaja ditutup, bukannya keseluruhan karnival berkenaan.

Sumber: Sinar Harian, TikTok

Related Posts