Pengusaha bas ekspres dibenar kenakan surcaj 10% sempena Aidilfitri | The Reporter

Pengusaha bas ekspres dibenar kenakan surcaj 10% sempena Aidilfitri

Gambar hiasan (A.I)

Kerajaan membenarkan pengusaha bas ekspres mengenakan surcaj sebanyak 10 peratus sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan ini sejajar dengan amalan yang telah dilaksanakan sejak 20 tahun lalu. Di mana, surcaj ini akan dikenakan seminggu sebelum dan seminggu selepas perayaan Aidilfitri.

Tujuan utama surcaj 10 peratus ini adalah untuk membantu pengusaha bas menambah kapasiti bas mereka. Tanpa surcaj ini, pengusaha bas mungkin menghadapi kesukaran untuk menyewa bas tambahan dan membayar elaun serta bayaran tambahan kepada pekerja mereka.

Sekiranya surcaj ini tidak dibenarkan, kapasiti bas mungkin akan berkurangan, yang seterusnya akan menyukarkan pihak pengusaha.

Bagaimanapun, syarikat atau pengusaha yang mengenakan lebih daripada 10 peratus surcaj boleh dikenakan tindakan. Orang awam boleh membuat aduan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Related Posts