Pengiktirafan Bak Kut Teh sebagai makanan warisan negara tiada kaitan dengan isu agama, bangsa - Tiong King Sing | The Reporter

Pengiktirafan Bak Kut Teh sebagai makanan warisan negara tiada kaitan dengan isu agama, bangsa – Tiong King Sing

Pengiktirafan bak kut teh sebagai makanan warisan negara telah menimbulkan perbincangan hangat di kalangan masyarakat. Namun, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, menegaskan bahawa pengiktirafan ini tidak ada kena mengena dengan isu bangsa atau agama.

Menurut Datuk Seri Tiong, pengiktirafan ini dibuat berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Beliau juga menyeru semua pihak, termasuk ahli Parlimen, untuk menghormati kepelbagaian budaya dan agama di negara ini demi menjaga perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

“Bak kut teh bukanlah makanan baru dalam masyarakat kita. Ada versi halal, tidak halal, dan vegetarian,” kata Datuk Seri Tiong.

Pada 24 Februari lalu, Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin, telah mengumumkan 10 makanan yang diwartakan sebagai objek warisan.

Selain bak kut teh, makanan lain yang tersenarai termasuk burasak, mi kolok, nasi ambeng, dodol kukus tahi minyak, kuih genggang atau lapis, karas, uthappam, jeruk tuhau dan air katira.

Sumber: Harian Metro

Related Posts