Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bermacam-macam gelagat yang boleh dilihat sewaktu sesi pertama anak-anak bersekolah. Ada yang sangat teruja datang ke sekolah dan ada yang menangis sebaik sahaja ibu bapa tinggalkan mereka di sekolah.
Berlainan pula dengan Shahrol Shiro yang berkongsikan pengalaman lucu ketika menghantar anak ke sekolah.
Katanya, atas faktor kesibukan kerja, dia meminta isterinya menguruskan kemasukan Tahun 1 anaknya. Ketika itu, ada dua nama sekolah menjadi pilihan mereka.
Semalam, dia mengambil alih tugasan menghantar anak lelakinya itu ke sekolah. Selang beberapa jam, dia mendapat panggilan telefon dari sekolah mengenai anaknya. Ketika itu dia mula risau tentang keadaan anaknya.
Namun begitu, kerisauan tentang anaknya hilang apabila dimaklumkan oleh guru sekolah tersebut anaknya bukan murid sekolah berkenaan. Rupa-rupanya dia tersilap hantar.
“Iqi dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik bila tengok padang tak sama macam sekolah dia pergi sebelum puasa tu.
“Terus dia jumpa cikgu bagitahu dia salah sekolah. Cikgu tengok nametag dia, terus hantar ke pejabat,” tulisnya.
Video yang telah mendapat 1.4 juta tontonan itu dilihat mencuit netizen. Dalam pada itu, ramai ibu bapa juga berkongsikan pengalaman sama, hantar anak ke sekolah yang berlainan.
Sumber: Sharol.Shiro








