Pelawak Ali Puteh memanjatkan rasa bersyukur kerana usahanya menjual beberapa barangan peribadi, termasuk kereta isteri akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000.
“Alhamdulillah, terima kasih yang membeli barangan saya. Termasuk yang mendoakan saya dan keluarga.
“Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Sudah cukup RM75,000!” demikian kata Ali menerusi hantaran di TikToknya hari ini.

Menjengah di ruangan komen, netizen turut mengucapkan tahniah dan berharap kemelut yang berlaku di antara Ali dan Siti Norhidayah Mohd Ali, berakhir dengan segera.
“Kalau selepas bayar hutang, Dayah duk bising lagi, aku duduk (akan menyebelahi) belakang Ali pulak,” katan Naz.
“Alhamdulillah. Cepat-cepat langsaikan. Then focus kat jualan sambal. Insha-Allah Ramadan ini mesti banyak permintaan,” kata Rabiatul Adawiyah.

Terdahulu Ali menjual beberapa trofi kemenangannya dari program lawak, motosikal dan kereta milik isterinya untuk mengumpul wang sebanyak RM75,000 bagi membayar hutang saman kakak iparnya.
Sumber: TikTok








