Harimau di Zoo Melaka didakwa kurus & kelaparan, pengunjung minta pihak berwajib ambil tindakan | The Reporter

Harimau di Zoo Melaka didakwa kurus & kelaparan, pengunjung minta pihak berwajib ambil tindakan

Tular satu video merakamkan seekor harimau di sebuah Zoo Melaka yang kelihatan kurus dan tidak bermaya mendapat simpati ramai.

Wanita yang juga pengunjung zoo berkenaan mendakwa haiwan berkenaan yang diberi nama Elsa itu seperti kelaparan dan gelisah sambil memerhatikan pintu kecil di belakang.

@n.zalikha1

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


#fyp si belang putih kurusss

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

“Pulangkan ke habitat asal,” tulis Nurul Z.

Sementara itu, di ruangan komen netizen meminta pihak Zoo Melaka agar memberikan perhatian kepada haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa semasa berkunjung ke Zoo Melaka, mereka mendapati kebanyakan haiwan yang diletakkan di sana seolah tidak cukup makan.

“Pergi ke Zoo Melaka hari tu, aku menangis ye dan berdoa dalam hati. Dah tak cukup zat lepas tu nampak macam sakit semuanya,” kata Miss Wonka.

Selain itu juga terdapat rungutan dan persoalan netizen dengan harga tiket Zoo Melaka yang didakwa mahal tetapi kebajikan haiwan disana seolah tidak terjaga.

Sumber: TikTok Nurul Z

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Related Posts